Pelayanan Generation of God selama ini di jaga dan dinaungi oleh gereja SIB Pekan Trusan, Lawas. Gereja ini bersetuju menjadi penaung adalah kerana melihat gerakkan pelayanan ini yang mampu dan dapat menpengaruhi ramai orang. Selain itu, gereja ini sangat menyatakan KASIH mereka untuk pelayanan ini. Bapa rohani kepada pelayanan ini adalah Bapa Andrew Achang. Beliau sangat banyak mendorong dan membantu pergerakan dan perkembangan pelayanan Generation of God.
Pelayanan ini juga mempunyai pendoa syafaat tetap iaitu Pendoa Syafaat Daerah Trusan Laut, Lawas. Mereka terdiri daripada lebih dari seratus orang. Hasil doa mereka juga pelayanan ini terus berjalan sesuai dengan suara dan hati Tuhan.
Mother Church dan Pendoa Syafaat ini saling bekerja dan mendorong pelayanan Generation of God. Buktinya, setiap kali anjuran atau pelayanan Generation of God mereka ada bersama-sama. Sedalamnya apa yang mereka buat, Tuhan lebih tahu dan mengerti.
Pada Tahun 2008 , setelah Tuhan membuka jalan pelayanan untuk menjajah Sabah. Gereja SIB Likas (Bahasa Melayu) juga telah bersetuju menjadi penaung dan secara tidak langsung menjadi penjaga untuk pelayanan ini di sekitar Sabah. Mereka bersetuju atas dasar keberhasilan pelayanan ini setelah setahun lebih bergerak di sekitar Kota Kinabalu.
Yang pasti kerana Kasih Allah dan kebenaranNya membuat kita seperti sakarang. DIA yang menjaga dan senantiasa memelihara kita. Selagi ada Iman, tiada sesuatu yang tidak dapat kita lakukan. Amen.
Gereja SIB Pekan Trusan, Lawas, Sarawak dan Gereja SIB LIkas (BM), Kota Kinabalu, Sabah
Gereja ini merupakan penaung dan
mother church bagi pelayanan ini. Gereja
ini juga telah banyak membantu
pelayanan ini dari segi didikan rohani,
kasih dan doa.
Diaken Bapa Andrew Achang Lawai
Bapa Andrew Achang merupakan bapa rohani dan penasihat kepada pelayanan ini. Beliau juga merupakan:
- Timbalan Ketua Daerah Gereja SIB Daerah Trusan Laut, Lawas, Sarawak;
- Ketua Gereja SIB Pekan Trusan, Lawas, Sarawak;
- Pengerusi Pendoa Syafaat Daerah Trusan Laut, Lawas, Sarawak; dan
- Pengerusi Gunung Doa Hosana, Liang Ukung, Lawas, Sarawak.
Sejak awal tahun 2007, Bapa Andrew Achang sedang menuntut di Maktab Injil Malaysia (MIM) bertempat di Kg Mission Baru, Lawas, Sarawak.
Diaken Sualim Gopog
Diaken Sualim Gopog juga merupakan penasihat dan
bapa rohani bagi pelayanan ini bagi Kawasan Kota
Kinabalu, Sabah. Beliau akan memerhati perjalanan
pelayanan ini.
Pendoa Syafaat Daerah Trusan Laut, Lawas, Sarawak
Para Pendoa Syafaat Daerah Trusan Laut,
Sarawak merupakan pendoa syafaat tetap bagi
pelayanan ini. Mereka terdiri daripada lebih
kurang 100 orang.
Pendoa Syafaat Kawasan Kota Kinabalu, Sabah
Pastor Kingas Liman merupakan pendoa syafaat tetap
kepada pelayanan ini bagi Kawasan Kota Kinabalu,
Sabah. Dia juga sebagai Ibu Rohani kepada pelayanan
ini.